Pengajaran isipadu cecair untuk muri-murid Tahun 2 sebenarnya adalah satu topik yang memang menarik dan menyeronokkan. Penggunaan bahan-bahan dan pendekatan yang sesuai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan memperkukuhkan pemahaman konsep kemahiran yang diajar. Oleh itu kemungkinan salah faham murid-murid apabila membandingkan kapasiti air dalam bekas yang berlainan saiz dan bentuk tidak akan wujud jika menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul. Dengan ini tanggapan murid bahawa semua bekas yang tinggi mempunyai isipadu cecair yang lebih daripada bekas yang rendah saiznya tidak semestinya betul dapat dijelaskan dengan mudah dan senang.
Murid-murid perlu difahamkan konsep bahawa isipadu cecair adalah berkaitan dengan ruang yang diisi cecair dalam sesuatu bekas. Maka cecair yang diisi dalam ruang besar adalah lebih daripada cecair yang diisi dalam ruang kecil. Guru hendaklah melibatkan murid-murid melakukan sendiri pengukuran isipadu cecair dalam bekas yang berlainan saiz dan bentuk supaya murid-murid sendiri dapat melihat dan faham tentang perbezaan isipadu dalam dua bekas yang berlainan saiz.
No comments:
Post a Comment