Dua aktiviti pengajaran isipadu cecair untuk murid Tahun 2 disediakan seperti berikut. Setiap aktiviti disediakan untuk murid pencapaian tinggi dan murid pencapaian rendah.
3.1 Aktiviti 1 (untuk murid pencapaian tinggi)
Kemahiran : Mengukur dan membanding isipadu cecair
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran murid dapat mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan unit-unit tidak piawai.
Bahan bantu mengajar : botol air mineral dan botol air
Aktiviti :
1. Guru menunjukkan beberapa cawan plastik, botol air mineral, dan botol air kepada murid.
2. Guru minta murid menyebut kegunaan bahan-bahan tersebut.
3. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diberi beberapa cawan plastik kosong. Setiap kumpulan juga menerima sebotol air mineral dan sebotol air seperti yang ditunjukkan di bawah:
Cawan plastik
4. Guru menerangkan aktiviti kumpulan kepada murid. Guru minta murid menuangkan air dari sebotol air mineral ke dalam cawan plastik dan mengira bilangan cawan yang diperlukan untuk mengisi kesemua air mineral dari botol air mineral.
5. Murid menuangkan air dari sebotol air mineral ke dalam cawan plastik dan mengira bilangan cawan yang diperlukan untuk mengisi kesemua air mineral dari botol air mineral.
6. Guru minta murid melakukan aktiviti yang sama untuk mengira bilangan cawan plastik yang diperlukan untuk mengisi air botol.
7. Murid merekodkan keputusan dalam borang yang diberi seperti berikut:
Bahan | Bilangan cawan plastik yang diperlukan |
Air botol mineral | 6 |
Air botol | 9 |
Murid membuat rumusan bahawa tidak semestinya semua bekas yang tinggi mempunyai isipadu cecair yang lebih daripada isipadu cecair yang tergandung dalam bekas rendah. Isipadu cecair adalah saiz ruang sesuatu bekas yang diisi dengan cecair.
3.2 Aktiviti 1 (untuk murid pencapaian rendah)
Kemahiran : Mengukur dan membanding isipadu cecair
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran murid dapat mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan unit-unit tidak piawai.
Bahan bantu mengajar : gelas kosong, jag, dan cerik
Aktiviti :
1. Guru menunjukkan beberapa gelas kosong, jag, dan cerik yang diisi teh ‘O’ kepada murid.
2. Guru minta murid menyebut bahan yang ditunjukkan dan cecair yang terdapat dalam jag dan cerik .
3. Murid dibentukkan dalam kumpulan. Murid diberikan beberapa gelas kosong, jag, dan cerik seperti yang ditunjukkan.
Jag |
Cerik |
4. Guru menerangkan aktiviti kumpulan kepada murid. Guru minta murid menuangkan semua teh ‘O’ dari jag ke dalam gelas kosong yang diberi. Murid mengira bilangan gelas yang diperlukan untuk mengisi kesemua teh ‘O’ dari jag.
5. Murid mengulangi aktiviti ini dengan mengira bilangan gelas yang diperlukan untuk mengisi teh ‘O’ dari cerik.
6. Murid merekodkan keputusan dalam borang yang diberi seperti berikut:
Bahan yang diisi teh ‘O’ | Bilangan gelas yang diperlukan |
Jag | 6 |
Cerik | 10 |
3.3 Aktiviti 2 (untuk murid pencapaian tinggi)
Kemahiran : Mengukur dan membanding isipadu cecair
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran murid dapat mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan unit-unit piawai.
Bahan bantu mengajar : silinder dan bikar
Aktiviti :
1. Guru menunjukkan dua buah silinder dan dua buah bikar yang berlainan saiz kepada murid.
2. Murid menyebut nama dan bentuk saiz bahan yang ditunjukkan.
3. Guru mendemonstrasikan dengan mengisi cecair berwarna kuning sebanyak 30 ml ke dalam setiap bikar yang berlainan saiz.
4. Murid melihat aras cecair dan membaca isipadunya.
5. Murid membuat rumusan bahawa isipadu cecair bagi kedua-dua bikar adalah sama walaupun bikar tinggi menunjukkan aras air yang tinggi daripada aras air dalam bikar rendah.
30 ml |
30 ml |
6. Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan. Guru memberi tiga buah bikar dan tiga buah silinder yang berlabel ‘A’, ‘B’, dan ‘C’ yang diisi cecair yang berlainan isipadu kepada kumpulan murid tersebut.
7. Murid mengukur dan membaca isipadu cecair dalam setiap bikar dan silinder. Murid merekodkan kandungan isipadu cecair dalam bikar dan silinder pada sebuah borang jadual yang diberi seperti berikut.
Bahan | A (ml) | B (ml) | C (ml) |
Silinder | |||
Bikar |
8. Murid membuat perbandingan isipadu cecair di antara bikar dan silinder.
9. Guru memberi lembaran kerja kepada murid.
Soalan: Tulis “lebih” atau “kurang” pada tempat kosong yang diberi.
i. Bikar A mempunyai isipadu cecair ______________ daripada bikar B.
ii. Bikar C mempunyai isipadu cecair ______________ daripada bikar B.
iii. Bikar A mempunyai isipadu cecair ______________ daripada bikar C.
iv. Silinder A mempunyai isipadu cecair ______________ daripada silinder C.
v. Silinder B mempunyai isipadu cecair ______________ daripada silinder A.
vi. Silinder C mempunyai isipadu cecair ______________ daripada silinder B.
3.4 Aktiviti 2 (untuk murid pencapaian rendah - Langkah 1 hingga 5 adalah sama seperti murid pencapaian tinggi. Tetapi langkah 6 hingga 8 adalah berlainan mengikut tahap murid.)
Kemahiran : Mengukur dan membanding isipadu cecair
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran murid dapat mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan unit-unit piawai.
Bahan bantu mengajar : silinder dan bikar
Aktiviti :
1. Guru menunjukkan dua buah silinder dan dua buah bikar yang berlainan saiz kepada murid.
2. Murid menyebut nama dan bentuk saiz bahan yang ditunjukkan.
3. Guru mendemonstrasikan dengan mengisi cecair berwarna kuning sebanyak 30 ml ke dalam setiap bikar yang berlainan saiz.
4. Murid melihat aras cecair dan membaca isipadunya.
5. Murid membuat rumusan bahawa isipadu cecair bagi kedua-dua bikar adalah sama walaupun bikar tinggi menunjukkan aras air yang tinggi daripada aras air dalam bikar rendah.
30 ml |
30 ml |
6. Guru membentukkan murid dalam kumpulan. Murid diberi dua buah silinder yang berlainan saiz, secawan plastik, dan bekas yang mengandungi cecair berwarna.
7. Murid mengisi 200 ml cecair ke dalam setiap silinder dengan menggunakan cawan plastik. Murid membuat perbandingan aras ketinggian cecair pada kedua-dua silinder.
8. Murid membuat rumusan bahawa walaupun cecair yang diisi menunjukkan aras ketinggian yang berlainan pada kedua-dua silinder tetapi isipadunya adalah sama. Ini adalah disebabkan perbezaan ruang saiz kedua-dua silinder tersebut.
No comments:
Post a Comment